Faedah Berdo’a :

* Menguatkan keimanan kita kepada Alloh SWT.

* Menenangkan hati dan jiwa.

* Menghilangkan putus asa diri.

* Merangsang untuk aktif bekerja lebih giat.

* Menimbulkan kegemaran untuk beramal ibadat dan beramal soleh.

* Menyebabkan murah rezeki.

* Menjadikan hati suka kepada kebajikan dan benci kepada kejahatan.

* Menghilangkan rasa ragu dan was-was di dalam hati.

* Dapat meredakan dan menghilangkan penyakit jasmani dan penyakit rohani.

* Meresapkan rasa kemesraan dan perhubungan yang rapat dan secara langsung dengan Alloh SWT.

* Dapat meningkatkan makrifat kepada Tuhan dan dengan berdoa juga dapat mengalir rasa cinta dan rindu kepada Tuhan serta ingin untuk bertemu dengannya.{myunusw-2008}